INTRODUCTION
Kalau anda berminat untuk membeli/memborong online dari China, anda mesti pernah mendengar platform-platform ni – Taobao, 1688 atau Pinduoduo. Tapi mana satu lebih murah? lebih dipercayai? lebih senang guna?
Jawapan kami, semua boleh murah, semua adalah terpercaya, dan semua pun senang guna. Bezanya adalah mana satu lebih sesuai dengan keperluan anda.
Jadi dalam post ni, kami perincikan kekuatan dan kelemahan utama setiap platform, dan anda boleh buat keputusan nak cuba yang mana!

TAOBAO
Taobao menggunakan konsep B2C (Business to Consumer), di mana pengguna boleh membeli secara runcit dari peniaga di Taobao. Dalam kes ini, kerana pengguna biasanya berurusan dengan peruncit, maka harga mungkin tidak akan semurah di 1688 atau PDD.
Namun, kebaikkannya adalah anda boleh membeli pada kuantiti yang rendah, 1 unit pun boleh, dan Taobao mempunyai sistem kiriman antarabangsa yang sangat menyenangkan urusan anda.

1688
1688 pula menghubungkan pemborong/pengilang kepada pengguna, iaitu konsep yang disebutkan sebagai M2C (Manufacturer To Consumer) atau B2C. Kerana pengguna membeli dari pemborong/pengilang, jadi dalam kebanyakkan kes, harga yang ditawarkan di 1688 adalah lebih kompetitif.
Namun, harus diingatkan di sini bahawa 1688 mempunyai konsep minimum order quantity (MOQ), iaitu jika ingin membuat tempahan, kuantiti haruslah lebih dari satu. Jangan hairan jika anda terjumpa harga yang sangat kompetitif, tetapi MOQ bermula dari 100, ataupun 1000!
1688 juga tidak menyediakan khidmat kiriman antarabangsa, dan pembeli luar negara berdepan lebih cabaran untuk memborong dari 1688.
PINDUODUO
Pinduoduo pula mempunyai sedikit persamaan dengan 1688, iaitu ia juga menggunakan konsep M2C (Manufacturer To Consumer), atau B2C.
Tetapi berbeza dengan 1688 yang menetapkan jumlah MOQ sahaja, PDD memasukkan elemen tambahan iaitu ‘group buy’. Ini memberi peluang kepada ramai pembeli, pemborong kecil untuk ‘bergabung’ dan membuat satu order yang besar dengan pengilang/peniaga di PDD.
Hasilnya, jika produk yang ingin ditempah itu mempunyai sambutan, jangan hairan jika harga seunit adalah jauh lebih murah dari 1688! Kekuatan ini sendiri menjadi tarikan ramai untuk mencuba nasib memborong di PDD!
Tetapi kelemahan Pinduoduo adalah ia tidak membuat pengiriman antarabangsa, sama seperti 1688, jadi lebih susah untuk anda berurusan di Pinduoduo.
MANA LEBIH SESUAI UNTUK SAYA?
Jadi, pada kami, ketiga-tiga platform mempunyai kekuatan dan kelemahan masing-masing, dan cadangan kami adalah:
✅ Jika anda peruncit, atau sekadar nak membeli untuk kegunaan sendiri, Taobao adalah tempat yang lebih sesuai.
✅ Jika anda ingin memborong pada skala yang lebih banyak, dan mempunyai kemampuan untuk membeli pada kuantiti yang lebih tinggi sendiri, boleh mencuba 1688.
✅ Jika anda jenis discount hunter yang tak kisah berusaha sedikit untuk harga murah, atau anda pemborong yang nak produk termurah, tapi tak mampu nak borong banyak sendiri di 1688, anda boleh mencuba nasib di Pinduoduo dan bergabung dengan pembeli lain untuk harga lebih murah.
Panduan Borong China Terpopular kami



