INTRODUCTION
Jika anda masuk ke Pinduoduo dengan tujuan memborong dan tak nak ‘rugi’, anda perlu berhati-hati.Kenapa? Kami perjelaskan macam mana ramai orang buat kesilapan di Pinduoduo dalam post ni.

PINDUODUO BUKAN TEMPAT MEMBORONG SAHAJA
Pinduoduo pernah dengan jelas menyatakan bahawa mereka melihat diri mereka bukan sekadar sebagai e-Com platform, tetapi lebih kepada Social Commerce Entertainment.
Maksudnya, mereka bukan sekadar nak pengguna masuk ke Pinduoduo, memborong dan keluar (macam 1688), tapi nak mereka stay dalam platform lama, dihiburkan, dan membeli banyak benda-benda yang ‘murah’.
Jadi mereka banyak memasukkan element ‘entertainment’ ke dalam platform, supaya pengguna mereka dapat ‘mengisi masa lapang’, dan ‘shopping’.
🔵 Live broadcast. Anda tengok orang jual live.
🔵 Shake for ‘angpau’. Shake handphone boleh dapat duit. Walaupun kalau Cuma 30 sen RMB pun, ramai je yang menghabiskan berjam-jam buat kerja ni.
🔵 Kupon merata untuk diskaun. Ramai akan compare sellers sehingga berjam-jam untuk mencuba kombinasi kupon untuk mendapatkan penjimatan maksimum, walaupun penjimatan tak besar.
🔵 Pinduoduo video. Berfungsi seperti FB videos/Tiktok, kalau tak jaga-jaga, hilang masa anda menonton pelbagai video dalam sana.
🔵 Anda akan banyak mendapat notifikasi tentang offers, discounts di phone. Kalau anda rasa Shopee banyak notifikasi sampai anda terpaksa block, wait until anda merasa ‘penangan’ Pinduoduo.

JANGAN SAMPAI LEKA & TERBUANG MASA!
Tujuan utama Pinduoduo adalah untuk memberi anda ‘hiburan’, menjadikan anda leka…
Dan bila masa sesuai, dia keluarkan offer, dan anda akan beli, sebab murah kan?
Inilah perkara yang menyebabkan ramai orang membuat kesilapan di Pinduoduo – menjadi leka, hilang fokus, dan akhirnya ‘tenggelam’ dalam hiburan dan aktiviti shopping dalam pinduoduo
Seasoned users yang mahir menggunakan Pinduoduo tidak akan tertarik dengan semua ni, tetapi focus untuk mencari stok, order, dan meninggalkan platform tersebut.
Kuncinya – HAVE A CLEAR IDEA WHAT YOU WANT, ORDER, AND GO.
Kalau tak, anda akan dihujani dengan pelbagai ‘gangguan’, offers, discounts sehingga anda rambang mata.
Silap-silap anda akan tertarik untuk ‘melayan’ offers-offers dan kandungan yang tak berkait, dan membuang banyak masa.
