Parcel Kena Tahan Kastam? Ikuti Panduan Kami

INTRODUCTION

Jika parcel anda kena tahan dengan kastam, dan anda tidak pernah berurusan dengan perkara sebegini, mungkin anda akan risau.

Tetapi biasanya situasi ini lebih kepada isu prosedur, kecuali kalau anda mengimport benda melanggar undang-undang, atau produk yang ‘bermasalah’. 

Parcel Kena Tahan Kastam

MACAM MANA TAHU KALAU PARCEL DITAHAN KASTAM?

Jika parcel anda ditahan kastam, anda akan dapat notifikasi seperti di atas.

Bergantung kepada situasi, biasanya anda mempunyai beberapa pilihan untuk menguruskan isu ini. Tetapi kami sharekan kaedah yang paling simple untuk anda (walaupun kena bayar sedikit ekstra)…

iaitu meminta Pos Malaysia/Poslaju menjadi wakil untuk menguruskan isu ini. 

PROSEDUR MENGURUSKAN PARCEL YANG DITAHAN KASTAM DENGAN POS MALAYSIA

Secara ringkasnya:

1️⃣ Anda email tracking code dan invoice pembelian anda ke cspmih@pos.com.my, dan melantik Poslaju sebagai agen untuk menguruskan pembayaran kastam, dan mengirim parcel kepada anda apabila dah berjaya.

2️⃣ Biasanya anda akan diminta untuk memberikan:

– Invois

– Resit pembayaran produk kepada seller China anda. Jika tiada, apa-apa bukti yang menunjukkan transaksi (ini untuk kastam lihat nilai produk yang anda beli tersebut).

– Masukan sekali nombor telefon untuk memudahkan urusan.

3️⃣ Servis charge adalah pada harga RM48, tidak termasuk cukai, dan kos penghantaran ke rumah anda. Harga mungkin telah berubah pada masa anda membaca post ni.  Harga mungkin telah berubah pada masa anda membaca post ni.

4️⃣ Anda akan dimaklumkan melalui telefon jumlah cukai/duti yang harus dibayar, dan anda akan diminta untuk ‘confirm’ dan proceed. Anda boleh bertanya tentang HS code untuk produk anda (jika perlu). Kastam mengenakan cukai/duti mengikut klasifikasi dalam HS code. 

5️⃣ Pos Malaysia akan menghantar parcel kepada anda, dan Ketika penerimaan, anda akan menjelaskan semua bayaran kepada postman. Anda juga boleh memilih untuk poslaju menghantar parcel ke poslaju terdekat, dan anda ambil di sana. Murah sedikit berbanding delivery sampai ke rumah.

ADA OPSYEN LAIN?

Parcel Kena Tahan Kastam

Anda juga boleh meminta ‘runner’ untuk menguruskan bagi pihak anda, atau anda yang ke pejabat kastam di KLIA atau pelabuhan Klang untuk menguruskan parcel anda. 

Kami berkongsi dengan lebih detail opsyen kedua dan ketiga di kursus borong online kami di Taobao, 1688 dan Pinduoduo, jadi jika anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut, anda boleh klik di link dan mendapatkan kursus-kursus ni.

PENUTUP

Anda mungkin risau apabila parcel anda ditahan kastam, tetapi jangan lupa untuk mengingatkan diri bahawa Kastam Malaysia cuma menjalankan tugasnya mengikut undang-undang negara. Jadi tidak perlu risau, stress, dan bermasam muka dengan pagawai kastam masa berurusan dengan mereka ye!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *