mitos borong dari china

5 Mitos Dan Salah Faham Tentang Memborong Dari China

Ramai tahu bahawa bisnes borong dari China ni menguntungkan, tetapi tidak mencuba pun. Kerana mempunyai salah faham, atau telah mempercayai mitos tentang mengimport dari China.

Atau senang kata, termakan auta, dan terlepas pandang fakta sebenarnya.

Jadi dalam post ni, kami cuba ‘pecahkan’ mitos-mitos dan salah faham ini untuk menunjukkan bahawa dengan ilmu dan mindset yang betul, semua pun boleh je mengimport dari China.

Mitos 1: Kena Pandai Bahasa Cina

borong dari china kena pandai bahasa cina

Kami selalu mendengar mitos ini, dan ramai pun percaya kepada mitos ni. Ada yang percaya tanpa usul periksa, dan ada yang termakan kata-kata dari sesetengah ejen borong China yang tidak jujur.

Kata mereka, kalau tak pandai, sangat susah. Gunakan servis mereka sahaja, lebih senang.

Tetapi sebenarnya jika anda mahir menggunakan aplikasi translate, anda tidak akan ada masalah di website seperti 1688 atau Taobao atau Pinduoduo.

Malahan aplikasi seperti WeChat translate membolehkan anda untuk chat directly dengan supplier/seller – anda type dalam English, WeChat translate akan terjemahkan, dan tunjukkan message anda direct dalam Bahasa Cina kepada supplier.

Mitos 2: Kena Ada Modal Jerung

Yang ini pun selalu disebut, nak borong kena borong satu container penuh.

Tak semestinya! Anda boleh mengimport pada kos rendah, beberapa unit sahaja pun boleh. Di group VIP kami ada sahaja rakan-rakan niaga yang bermula dengan modah kecil, dan sekarang telah mampu memborong selori penuh produk.

Anda boleh saja memborong dari China walaupun dengan modal beberapa ratus Ringgit sahaja.

Mitos 3: Import Untuk Menjual Sahaja

Tidak benar. Anda boleh sahaja mengimport dari China untuk kegunaan sendiri.

Dalam group VIP kami, ada rakan-rakan niaga yang suka membeli barang-barang rumah di China, dan mengimport masuk ke Malaysia untuk kegunaan sendiri. Dari alas kaki, sehinggalah perabot, sampai Chandelier pun ada yang beli dari China!

megimport bola sepak dari China

Ada juga rakan-rakan niaga yang mengimport dari China alatan-alatan untuk perniagaan mereka, seperti mesin, peralatan, dan bekalan-bekalan contohnya. Salah seorang rakan niaga kami adalah coach bola sepak, dan beliau mengimport kon, bola, netting, bib, wisel untuk kegunaan beliau.

Mitos 4: Mesti Perlukan Kad Kredit

Ini juga tidak benar. Jika anda tidak mempunyai kad kredit, tidak bermakna anda tidak boleh memborong dari China.

Malahan, kalau anda ada kad kredit pun, anda tak semestinya mampu membayar seller/supplier di China.

Ini kerana China ini mempunyai ekosistem IT dia yang tersendiri, mereka tidak menggunakan Facebook, Google, Youtube, Paypal atau Amazon – sebaliknya Weibo, Youku, Alipay, Taobao. Selain itu, bukan semua platform di China menerima pembayaran dari kad kredit antarabangsa.

ekosistem IT China

Dalam panduan kami, anda hanya memerlukan online banking (Maybank2U, CIMB Clicks contohnya) untuk membuat pembayaran ke China.

Mitos 5: Supplier China Semua Penipu

Yang ni, kami tidak boleh mengatakan yang mitos ini tidak benar sama sekali, kerana memang ada supplier yang menipu.

Tetapi pada masa yang sama, jika ramai supplier dalam Alibaba, Taobao, 1688, Pinduoduo itu menipu, macam mana platform-platform ini mampu bertahan?

Pada masa yang sama, supplier yang tidak jujur itu ada sahaja di mana-mana, tidak semestinya hanya di China.

Kuncinya adalah pada bagaimana anda menilai seseorang supplier tersebut.

Anda boleh melihat review yang ditinggalkan customer, anda juga boleh menilai metrik seperti kecepatan mereka menghantar produk, reply PM, dan samada produk yang diterima itu sama dengan produk di gambar.

Anda juga boleh bermula dengan unit rendah untuk membina trust dahulu, sebelum mengimport produk pada kuantiti lebih besar.

Semua Pun Boleh Import Dari China

Kuncinya adalah, adakah anda mempunyai mindset yang betul untuk mencuba?

Jika anda ingin mencuba dan menjadi sebahagian dari rakan-rakan niaga kami yang telah berjaya, kami galakkan anda untuk bermula dengan panduan kami seperti Rahsia Taobao, Rahsia 1688, Rahsia Pinduoduo dan Tauke Borong WeChat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *