Jangan Silap Borong Produk Dari China [Produk-Produk ‘Bahaya’]

INTRODUCTION

Dalam keghairahan ramai orang mengimport online dari China, ramai pun ‘terkena paku’, kerana mereka mengimport produk yang ‘bermasalah’. 

Dari ditahan kastam, sehinggalah tidak lulus pemeriksaan, akhirnya modal hangus kerana produk terpaksa dilupuskan pihak berkuasa. 

Jadi untuk mengelakkan anda dari mengalami perkara yang sama, kami kongsikan dalam post ni produk-produk apa yang anda perlu fikirkan dua kali sebelum mengimportnya dari China.

PRODUK-PRODUK KESELAMATAN

Contoh: Helmet Motosikal, Pemadam api, Tiub Gas Memasak

Produk-produk sebegini biasanya mempunyai ‘garis panduan’ dan spesifikasi yang perlu diikuti sebelum boleh digunakan di Malaysia. 

Jadi jika anda memborong 1,000 unit helmet motorsikal, dan kemudian helmet tersebut tidak lulus SIRIM… bayangkan kerugian yang mungkin berlaku.

Semak dengan pihak berkuasa seperti Suruhanjaya Tenaga atau SIRIM sebelum mengimport produk-produk sebegini.

BORONG PRODUK DARI CHINA

PRODUK-PRODUK MAKANAN

Contoh: Serbuk-serbuk makanan/minuman, makanan mentah etc. 

Produk-produk sebegini selain susah diimport kerana isu kesegaran, juga mempunyai regulasi yang ketat kerana ia melibat makanan – sesuatu yang dimasukkan ke dalam badan manusia. 

Biasanya badan kerajaan yang bertanggungjawab memeriksa makanan import di pintu masuk negara adalah Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia. Mereka ada menyenaraikan informasi lanjut jika anda ingin mengimport produk makanan dari China.

BORONG PRODUK DARI CHINA

KOSMETIK & PHARMASEUTIKAL

Contoh: Lipstick, supplement, ubat-buatan

Produk-produk kategori ini juga boleh diperjelaskan seperti produk-produk makanan dan minuman, ia memerlukan pemeriksaan rapi dari Kementerian Kesihatan Malaysia. 

Ini untuk memastikan kosmetik dan ubat-ubatan yang dibawa masuk ini bebas dari bahan terlarang yang memudaratkan badan. Contohnya bahan seperti Hydroquinone yang selalu dimasukkan ke krim pemutih kulit, atau Sibutramine yang selalu dimasukkan ke dalam supplement menguruskan badan.

Untuk ubat-ubatan, badan yang bertanggungjawab mengawalselia adalah Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA). Anda boleh merujuk kepada mereka jika perlu.

SESETENGAH PRODUK ELEKTRIK/ELEKTRONIK

Contoh: Perkakas elektrik, smartphone.

Sesetengah produk elektrik dan elektronik mungkin akan memerlukan pemeriksaan dan perakuan kelulusan dari Suruhanjaya Tenaga, atau SIRIM.

Ini untuk memastikan produk tersebut sesuai dengan piawaian elektrik dan keselamatan di Malaysia. Piawaian bekalan elektrik di China berbeza dengan Malaysia. 

Nak Borong Produk Online Dari China?

borong china

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *