Apa itu OEM Sebenarnya?

INTRODUCTION

Kadang-kadang ketika anda membeli/memborong, akan nampak produk OEM. Apa maksud OEM sebenarnya? Betul ke OEM itu lebih baik? Dalam artikel ni kita akan explore perkara ni.

ORIGINAL EQUIPMENT MANUFACTUROR

OEM bermaksud original equipment manufacturor, atau pengilang original dalam Bahasa Melayu. 

Biasanya banyak syarikat sekarang hanya fokus kepada product design and development, dan tidak mengilangkan produk mereka sendiri. 

Contohnya HP. Dia design laptop, tapi HP tak ada kilang. Jadi dia cari syarikat seperti X, Y, Z yang tak design produk, tapi ada kilang. 

Mereka bantu hasilkan skrin, battery, casing, dan bantu pasangkan semua menjadi laptop.

Jadi Syarikat X, Y dan Z adalah OEM untuk HP. 

borong china, produk oem

SO MACAM MANA ‘PRODUK’ OEM NI WUJUD? 

OK, lets ambil contoh di atas. 

Syarikat Z dapat contract untuk mengilangkan 10,000 unit laptop battery untuk HP. 

Untuk mengilangkan battery tersebut, HP perlu memberi spesifikasi, blueprint kepada syarikat Z. Saiz, ukuran, kuasa, kandungan bateri dll.

Setelah tahu spesifikasi, Syarikat Z buka mesin. Mereka menghasilkan 10,000 unit, lekatkan sticker HP pada battery, dan deliver dengan HP. 

10,000 unit battery ini, produk ORIGINAL.

Syarikat Z sekarang ada spesifikasi untuk produk tersebut. Jadi apa dia buat…

Dia gunakan spesifikasi tersebut, hasilkan lagi 5,000 unit battery. 

Tapi battery ini HP tak order, dia buat extra sendiri untuk jual. 

Jadi ketika menjual 5,000 unit battery ni, dia letakkan label ‘OEM’, untuk memberitahu customer bahawa battery ni datang dari kilang yang menghasilkan battery original untuk HP.

BETUL KE KUALITI OEM LEBIH BAIK DARI 3rd PARTY, GENERIC?

Secara asasnya, ye. 

Ini kerana OEM mempunyai spesifikasi produk yang datang terus dari original company, berbanding jenis 3rd party atau generic.

Kita guna balik contoh syarikat Z ni. Battery dia akan lebih ‘fit’, baik kualiti berbanding dari syarikat Q sebab dia ada blueprint, spesifikasi dari HP directly. 

Syarikat Q tak ada spesifikasi dari HP, jadi dia kena ukur, kira, hasilkan spesifikasi sendiri. Reverse engineer.

So, anda boleh anggap yang OEM ini lebih baik kualitinya.  

TAPI…

Macam mana anda tahu kalau produk tu BETUL-BETUL OEM?

Anda perlu siasat kilang tersebut, dan hubungan kilang tersebut dengan brand owner.

Ada pengilang tidak bertanggungjawab yang walaupun tak ada hubungan dengan brand owner, tetap claim produk mereka adalah product OEM. Padahal 3rd party, atau generic sahaja.

Jadi kalau anda tidak check dengan teliti, anda berisiko ditipu oleh supplier-supplier ini.

Kecuali anda boleh verify produk yang anda nak beli tu betul-betul OEM, anggap sahaja sebagai generic. 

Jika supplier/seller nak harga lebih tinggi, anda boleh push the price down, dengan alasan tersebut. Request untuk ditunjukkan bukti bahawa produk itu betul-betul OEM. 

Jika supplier/seller tak nak turunkan harga, anda boleh je walk away kan?  

Diharap artikel ni menjelaskan apa itu OEM, dan membantu anda sedikit sebanyak. Terima kasih sudi membaca!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *