INTRODUCTION
Dalam post ni, kami akan discuss kebaikkan & keburukkan dropship, sebab orang selalu duk sebut…
“Tak nak pening packing, pegang stock kan? Dropship je”.
betulkah dropship ni sebenarnya lebih senang dari jual ready stok? Atau ada udang di sebalik mi?

KEBAIKKAN SISTEM DROPSHIP
Sistem dropship ni sangat sesuai apabila…
✅ Anda tidak ada modal besar. Anda boleh mula menjual banyak produk, tanpa perlu bawa masuk stok.
✅ Anda tiada ada masa untuk process order. Anda jenis tak ada masa untuk membungkus, dan menghantar order customer. Jadi dengan sistem dropship, anda hanya perlu forward order kepada supplier sahaja.
✅ Anda nak test produk/niche baru. Jika anda dalam proses nak mencuba menjual produk dari niche baru, anda boleh ‘test’ dengan pantas, pada harga yang rendah.

DROPSHIP NI… TAK ADA KELEMAHAN KE?
Seperti hampir semua benda dalam kehidupan, apabila anda memilih sesuatu, anda akan beroleh kebaikkan, dan juga keburukkan dari pilihan anda.
Jika anda memilih dropship…
😵 Anda susah nak lawan harga. Anda akan mempunyai profit margin yang rendah. Biasany ready stok seller boleh menjual pada harga yang lebih rendah dari anda, dan masih dapat untung dan bertahan.
😵 Anda sukar menguruskan customer dispute. Jika customer tidak berpuas hati, mereka akan mencari anda, kerana mereka membeli dari anda. Anda pula yang perlu berurusan dengan supplier bagi pihak customer. Kemudian kalau supplier pula tak nak bertanggungjawab, anda pula yang perlu berhadapan dengan kemarahan customer. Silap-silap, customer viralkan bisnes anda di media sosial, sedangkan salahnya bukan anda pun!
😵 Anda berhadapan risiko dengan supplier tidak amanah. Anda terima order, anda forwardkan kepada supplier. Supplier terima duit… tetapi tidak menghantar order kepada customer anda. Atau supplier hantar produk tak betul. Anda yang perlu berhadapan dengan customer!
Jadi sebenarnya, dropship bukanlah ‘seindah’ yang dikatakan ramai di luar sana. Sebaliknya, bila dilihat dengan lebih teliti, dropship sebenarnya pilihan yang berisiko, walaupun ia tetap mempunyai kelebihan yang tersendiri.
PENDAPAT 2-SEN KAMI
Pada kami, dropship adalah satu strategi yang boleh digunakan pada peringkat awal bisnes ecommerce anda, untuk membantu mengurangkan masalah tak cukup modal nak jual ready stok.
Selain itu, dropship pun boleh digunakan jika anda nak nampak seperti anda mempunyai pelbagai stok di store anda.
Tetapi kerana risiko yang tinggi, kami cadangkan anda beralih ke ready stok secepat yang mungkin, supaya anda boleh mengawal bisnes anda dengan lebih menyeluruh, dan menaikkan margin keuntungan anda.
Tapi sebenarnya, anda boleh sahaja menjual ready stock dengan modal rendah, jika anda tahu.
Dalam Rahsia Pinduoduo, kami berkongsi bagaimana anda boleh mendapat harga kilang walaupun anda hanya membeli tak sampai 10 unit pun. Boleh klik di link atau gambar di bawah untuk informasi lanjut ye.

